Ahli jawatankuasa dan ahli PUSPANITA Daerah Kota Setar telah menghadiri Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri PUSPANITA Daerah Baling pada 27 Julai 2017 (Khamis). Majlis ini telah diadakan di Dewan Kenangan (Baru) Tun Abdul Razak, Baling.
Beberapa orang ahli jawatankuasa PUSPANITA Daerah Kota Setar telah menghadiri Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri PUSPANITA Negeri Kedah dengan kerjasama PUSPANITA Daerah Kubang Pasu pada 19 Julai 2017 (Rabu) bertempat di Dewan Tunku Anum, Kompleks Pentadbiran Pejabat Daerah Kubang Pasu.
PUSPANITA Daerah Kota Setar bersama-sama Pejabat Daerah Kota Setar telah mengadakan Jamuan Hari Raya Aidilfitri pada 19 Julai 2017 (Rabu) bertempat di Perkarangan Kompleks Pejabat Daerah Kota Setar. Majlis jamuan hari raya ini juga turut bekerjasama dengan Angkatan Pertahanan Awam (APAM) Daerah Kota Setar dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Setar.
Gerai PUSPANITA Daerah Kota Setar telah menghidangkan juadah 'beef grill burger' yang mendapat sambutan ramai daripada tetamu yang hadir.
PUSPANITA Daerah Kota Setar juga mengambil peluang ini untuk menyampaikan cenderamata penghargaan kepada Yang Berbahagia Datin Hajah Faridah binti Man, mantan Pengerusi PUSPANITA Daerah Kota Setar dan Puan Norfazni binti Mustafa, mantan Timbalan Pengerusi PUSPANITA Daerah Kota Setar yang telah bertukar ke Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah.
Ahli Jawatankuasa PUSPANITA Daerah Kota Setar telah memenuhi jemputan Yang Berbahagia Datin Hajah Faridah binti Man, Pengerusi PUSPANITA Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah Darul Aman ke Jamuan Hari Raya Aidilfitri yang telah diadakan pada 18 Julai 2017.
Ahli-ahli PUSPANITA Daerah Kota Setar telah menghadiri Jamuan Hari Raya Aidilfitri anjuran Pejabat Dato' Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman bertempat di Dewan Seri negeri, Kedah Darul Aman. PUSPANITA Negeri Kedah turut mengambil bahagian dalam jamuan hari raya dengan menyediakan juadah ketupat, lemang dan rendang. Turut hadir ke majlis tersebut Yang Berbahagia Dato' Haji Muhammad Helwi bin Harun, Pegawai Daerah Kota Setar merangkap Penasihat PUSPANITA Kota Setar serta Yang Berbahagia Datin Hajah Puziah binti Said, Pengerusi PUSPANITA Daerah Kota Setar.
Pejabat Daerah dan Tanah Kota Setar bersama-sama PUSPANITA Daerah Kota Setar telah mengadakan Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2016 bertempat di perkarangan Kompleks Pejabat Daerah dan Tanah Kota Setar di sini pada 14 Julai 2016.
Jamuan telah dimulakan pada jam 11 pagi hingga 2 petang yang menyajikan pelbagai jenis juadah pada hari tersebut antaranya nasi minyak. ketupat dan rendang, kambing golek dan ais kacang. Manakala gerai PUSPANITA Kota Setar menyajikan hidangan 'homemade grill burger'.
Powered by Blogger.



















































