PUSPANITA Daerah Kota Setar telah mengadakan Lawatan Rasmi ke Istana Negara, Kuala Lumpur pada 19 Ogos 2016. Seramai 32 orang ahli PUSPANITA Daerah Kota Setar telah menyertai lawatan tersebut. Lawatan tersebut telah diketuai oleh Yang Berbahagia Datin Hajjah Faridah binti Man, mantan Pengerusi PUSPANITA Daerah Kota Setar.
Kumpulan Koir PUSPANITA Negeri Kedah Darul Aman telah mengadakan Lawatan ke Istana Negara dan Angkasapuri, Kuala Lumpur pada 07 hingga 09 April 2016. Seramai 26 orang ahli PUSPANITA telah menyertai lawatan tersebut.
Lawatan ke Istana Negara telah diadakan pada 08 April 2016 dan seterusnya semua ahli dibawa melawat ke House of Malay Wellness Spa milik pengacara Program Apa Kata Wanita, Zamzarina Zamri.
Pada 09 April pula semua ahli telah dibawa ke Radio Televisyen Malaysia (RTM) Angkasapuri, Kuala Lumpur dan bersiaran langsung dalam Program Apa Kata Wanita. Lawatan ini telah diketuai oleh Puan Zainab binti Sulaiman, Ketua Kumpulan Koir PUSPANITA Negeri Kedah.
Powered by Blogger.































