Yang Berbahagia Datin Hajah Puziah binti Said, Pengerusi PUSPANITA Daerah Kota Setar bersama beberapa orang ahli jawatankuasa PUSPANITA Daerah Kota Setar telah melawat ke tapak program Lawatan Ziarah Muafakat Hospital Sultanah Bahiyah pada 09 November 2017 jam 10.00 pagi.
Program Lawatan Ziarah Muafakat ini akan diadakan pada 13 November 2017 (Isnin) anjura Pejabat Daerah Kota Setar bersama Biro Kebajikan PUSPANITA Daerah Kota Setar.
Yang Berbahagia Dato' Haji Muhammad Helwi bin Harun, Pegawai Daerah Kota Setar merangkap Penasihat PUSPANITA Daerah Kota Setar serta Yang Berbahagia Datin Hajjah Puziah binti Said, Pengerusi PUSPANITA Daerah Kota Setar bersama-sama beberapa ahli jawatankuasa PUSPANITA Daerah Kota Setar ke lawatan tapak di Gua Gunung Keriang pada 16 Mac 2017. Lawatan tapak ini adalah sempena Program Lawatan Turun Padang PUSPANITA Negeri Kedah ke Daerah Kota Setar yang akan diadakan pada bulan April nanti. Turut hadir semasa lawatan tapak tersebut ialah Penghulu Mukim Gunong dan Penghulu Mukim Pumpong.