PUSPANITA Daerah Kota Setar telah menjadi johan bagi Pertandingan Boling Datin Paduka Dato' Pengerusi PUSPANITA Negeri Kedah pada 25 November 2017 yang lalu bagi kategori kumpulan.
Pada 10 Disember 2017, Yang Berbahagia Datin Hajah Puziah binti Said, Pengerusi PUSPANITA Daerah Kota Setar telah menyampaikan saguhati kepada pemain-pemain boling tersebut bertempat di Bilik Mesyuarat, Pejabat Daerah Kota Setar.
Pada hari yang sama turut diadakan sesi bergambar ahli jawatankuasa PUSPANITA Daerah Kota Setar bersama Pengerusi dan Penasihat PUSPANITA Daerah Kota Setar.
PUSPANITA Daerah Kota Setar dengan kerjasama Pejabat Daerah Kota Setar telah mengadakan Program Ziarah Muafakat ke Wad Kanak-Kanak Hospital Sultanah Bahiyah bersama Yang Amat Berbahagia Datin Seri Diraja Hizam binti Awang Ahmad, Penasihat PUSPANITA Negeri Kedah. Program ini telah diadakan pada 13 November 2017 dengan tema 'Sayang Di Sayang'.
Seramai 102 orang pesakit kanak-kanak yang telah diziarah. PUSPANITA Daerah Kota Setar telah menyampaikan sedikit cenderamata kepada semua pesakit kanak-kanak yang dirawat. Penampilan badut turut menceriakan pesakit kanak-kanak pada hari tersebut.