PUSPANITA Daerah Kota Setar telah menyertai Program Sukarelawan IM4U PUSPANITA Negeri Kedah bersama PUSPANITA Daerah Bandar Baharu. Program ini telah diadakan pada 11 November 2017.
Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Paduka Haji Bakar bin Din, Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah merangkap Penasihat PUSPANITA Negeri Kedah.
Turut hadir pada program ini ialah Yang Berbahagia Dato' Haji Muhammad Helwi bin Harun, Pegawai Daerah Kota Setar merangkap Penasihat PUSPANITA Daerah Kota Setar serta Yang Berbahagia Datin Hajah Puziah binti Said, Pengerusi PUSPANITA Daerah Kota Setar.
Seramai lebih kurang 20 orang ahli PUSPANITA Daerah Kota Setar telah menyertai Program Sukarelawan IM4U Peringkat Negeri Kedah Darul Aman Tahun 2016 anjuran PUSPANITA Negeri Kedah Darul Aman dengan kerjasama PUSPANITA Daerah Kubang Pasu. Program ini telah diadakan pada 27 Ogos 2016 (Sabtu) bertempat di Dewan Kampung Bukit, Mukim Kubang Pasu, Daerah Kubang Pasu, Jitra.
Antara pengisian program ini adalah sesi senamrobik, pertandingan mewarna kanak-kanak tadika KEMAS, majlis gotong-royong, program penyampaian sumbangan Ziarah Kasih bagi yang memerlukan serta cabutan bertuah. Program ini juga turut disertai oleh pelajar-pelajar IPT di sekitar daerah Kubang Pasu antaranya Universiti Utara Malaysia (UUM), Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (POLIMAS), Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman (IPDA), Institut Perindustrian Jitra (ILP) serta Sekolah Menengah Kebangsaan Hosba.
Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato' Hajjah Azuyah binti Hassan, Pengerusi PUSPANITA Negeri Kedah Darul Aman. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Yang Berbahagia datin Zainun Nura binti Mohd Idris, Timbalan Pengerusi PUSPANITA Negeri Kedah, Yang Berbahagia Tuan Haji Muhammad Helwi bin Harun, Pegawai Daerah Kubang Pasu serta Yang Berusaha Puan Hajjah Puziah binti Said, Pengerusi PUSPANITA Daerah Kubang Pasu.