Pada 6 Ogos 2017, Ahad, ahli PUSPANITA Daerah Kota Setar telah menyertai Lawatan Turun Padang PUSPANITA Negeri Kedah ke Daerah Pendang. Jumlah keseluruhan ahli yang menyertai program ini adalah seramai 80 orang. Yang Berbahagia Datin Hajah Puziah binti Said, Pengerusi PUSPANITA Daerah Kota Setar turut menyertai program ini.
Antara pengisian program ini adalah, semua ahli dibawa melawat ke Sekolah Model Khas Bukit Jenun, Pendang. Yang Berbahagia Datin Paduka Dato' Hajah Azuyah binti Hassan, Pengerusi PUSPANITA Negeri Kedah Darul Aman turut hadir pada program ini serta menyampaikan sumbangan kepada pelajar-pelajar yang kurang berupaya serta penyampaian hadiah kepada pemenang pingat emas bagi peserta silat.
Semua ahli PUSPANITA juga telah dibawa melawat ke Perniagaan Mudim Zakaria (Kilang Kicap Mudim) dan seterusnya jamuan makan tengahari di Pendang Lake Resort.


















































































