PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah Darul Aman telah menganjurkan Pertandingan Boling Datin Paduka Dato' Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah pada 25 November 2017 (Sabtu) bertempat di Aman Bowl.
PUSPANITA Daerah Kota Setar telah menghantar satu pasukan bagi mewakili pertandingan ini dalam kategori berkumpulan. Pertandingan ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Datin Paduka Dato' Hajah Azuyah binti Hassan, Pengerusi PUSPANITA Negeri Kedah Darul Aman.
PUSPANITA Daerah Kota Setar telah menjadi johan Pertandingan Boling Datin Paduka Dato' Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah pada kali ini. Tahniah diucapkan kepada pasukan PUSPANITA Kota Setar.
PUSPANITA Daerah Kota Setar telah menyertai Program Sukarelawan IM4U PUSPANITA Negeri Kedah bersama PUSPANITA Daerah Bandar Baharu. Program ini telah diadakan pada 11 November 2017.
Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Paduka Haji Bakar bin Din, Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah merangkap Penasihat PUSPANITA Negeri Kedah.
Turut hadir pada program ini ialah Yang Berbahagia Dato' Haji Muhammad Helwi bin Harun, Pegawai Daerah Kota Setar merangkap Penasihat PUSPANITA Daerah Kota Setar serta Yang Berbahagia Datin Hajah Puziah binti Said, Pengerusi PUSPANITA Daerah Kota Setar.
Biro ICT PUSPANITA Negeri Kedah telah menganjurkan Kursus Literasi ICT Blogspot pada 08 November 2017 (Rabu) bertempat di Kedah Digital Centre, UTC Alor Setar, Kedah.
Antara PUSPANITA Daerah yang terlibat bagi sesi kedua ini ialah Daerah Kota Setar, Langkawi, Yan, Kuala Muda dan Padang Terap. Puan Syarifah Nur Safuraa, Penolong Setiausaha PUSPANITA Daerah Kota Setar dan Puan Norin binti Ahmad, Pengerusi Biro ICT PUSPANITA Daerah Kota Setar telah menghadiri program ini.
PUSPANITA Daerah Kota Setar telah menyertai program Seminar Keusahawanan dan Kecantikan anjuran PUSPANITA Negeri Kedah bersama PV Empire pada 30 Oktober 2017 (Isnin) bertempat di Dewan Seri Negeri, Wisma Darul Aman.
10 orang ahli PUSPANITA Daerah Kota Setar telah ditugaskan sebagai jawatankuasa pendaftaran bagi program ini.
Program ini telah dihadiri oleh seramai lebih kurang 1300 orang peserta terdiri daripada ahli PUSPANITA seluruh daerah serta terbuka kepada orang ramai. Program ini juga telah menampilkan beberapa orang tetamu jemputan seperti Zur Eda, Mya Matahari, Adam Corrie Lee, Nizam Laksamana dan Keena Mentor.
Penampilan khas bagi program ini ialah Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta dalam slot Sembang Santai yang membincangkan berkenaan Tips Kecantikan dan Penampilan Diri serta Kelebihan Buah Strawberi Putih berbanding Buah-Buahan Tempatan. Puan Syarifah Nur Safuraa, Penolong Setiausaha PUSPANITA Daerah Kota Setar telah ditugaskan sebagai pengacara majlis serta moderator pada hari tersebut.
Majlis Penutup Program Seminar Keusahawanan dan Kecantikan ini telah dirasmikan oleh Yang Amat Berbahagia Datin Seri Diraja Hizam binti Awang Ahmad, Penaung PUSPANITA Negeri Kedah. Turut hadir pada hari tersebut ialah Yang Berbahagia Datin Paduka Dato' Hajah Azuyah binti Hassan, Pengerusi PUSPANITA Negeri Kedah.
Kredit: Gambar ihsan daripada Facebook Warta Kedah