LAWATAN SAMBIL BELAJAR ANJURAN BIRO KEUSAHAWANAN PUSPANITA NEGERI KEDAH
Pada 11 Mei 2017 telah diadakan Lawatan Sambil Belajar ke Al-Faiz Holdings Sdn Bhd bertempat di Taman Bandar Baru Mergong anjuran Biro Keusahawanan dan Kepenggunaan PUSPANITA Negeri Kedah. Yang Berbahagia Datin Hajjah Pauziah binti Said, Pengerusi Biro Keusahawanan dan Kepenggunaan PUSPANITA Negeri Kedah merangkap Pengerusi PUSPANITA Daerah Kota Setar telah menghadiri lawatan ini.
Beberapa orang ahli PUSPANITA Daerah Kota Setar turut menyertai program ini. Antara pengisian lawatan ini adalah taklimat berkenaan produk-produk yang telah dikeluarkan serta anak-anak syarikat di bawah Al-Faiz Holdings Sdn Bhd. Selain daripada itu, para peserta dibawa melawat ke bahagian 'black area' kilang tersebut.
Seramai 30 orang ahli PUSPANITA Daerah Kota Setar dan PUSPANITA Negeri telah hadir ke program ini.
ABOUT THE AUTHOR
Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible
0 comments