FREE CHOLESTEROL FOR HEALTHY HEART


Free Cholesterol for Healthy Heart merupakan program anjuran pelajar semester 5 Kolej Poly-Tech Mara Alor Setar bersama PUSPANITA Daerah Kota Setar. Program ini telah diadakan pada 18 November 2017 (Sabtu) bertempat di Dataran Pahlawan, Alor Setar. 

Program pada hari tersebut telah dimulakan dengan '15 minutes talk about cholesterol' yang telah disampaikan oleh Dr Dooreen Sumpat, Pegawai Perubatan Hospital Sultanah Bahiyah. Antara pengisian program ini adalah zumba dari Twin Fitness, larian 'free cholesterol' sepanjang 3 kilometer yang mana pelepasan larian telah dilaksanakan oleh Yang Berbahagia Dato' Haji Muhammad Helwi bin Harun, Pegawai Daerah Kota Setar merangkap Penasihat PUSPANITA Daerah Kota Setar.






















Selain daripada itu, pertandingan mewarna bagi kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun turut diadakan. Hadirin yang hadir juga turut diceriakan dengan persembahan badut dan silap mata. Cabutan bertuah juga turut diadakan sepanjang program ini. Antara jabatan yang turut menjayakan program ini adalah Hospital Sultanah Bahiyah, Tabung Derma Darah Hospital Sultanah Bahiyah, Bank Persatuan, Lions Club of Kedah, Jabatan Penerangan, Majlis Bandaraya Alor Setar dan Menara Alor Setar.



































Penampilan khas pemain bola sepak Kedah iaitu Badrol Bakhtiar memeriahkan lagi program ini. Majlis Perasmian Penutup Program Free Cholesterol for Healthy Heart telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datin Hajah Puziah binti Said, Pengerusi PUSPANITA Daerah Kota Setar. Turut hadir pada majlis penutup adalah Yang Berbahagia Dato' Haji Muhammad Helwi bin Harun, Pegawai Daerah Kota Setar merangkap Penasihat PUSPANITA Kota Setar serta Yang Berbahagia Tuan Khairul Nizam bin Shuib, Timbalan Pengarah Akademik Kolej Poly-Tech Mara Alor Setar.

Keseluruhan kutipan yuran penyertaan peserta larian telah disumbangkan sepenuhnya kepada Klinik Kardiologi, Hospital Sultanah Bahiyah.
















































































Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

0 comments

Powered by Blogger.