PROGRAM HEBATNYA WANITA HARI INI














Puspanita Daerah Kota Setar bersama-sama PEMADAM Daerah Kota Setar dengan kerjasama Pejabat Daerah Kota Setar dan AADK Daerah Kota Setar & Pokok Sena telah menganjurkan Program Seminar "Hebatnya Wanita Hari Ini" sempena sambutan Hari Wanita pada 08 Mac 2016. Program ini telah diadakan pada 24 Mei 2016 di Auditorium Jabatan Pertahan Awam (JPAM) Kota Setar, Anak Bukit.

Pengisian program tersebut dimulakan dengan sesi wacana ilmu dengan membincangkan tajuk Kanser - Serangan Senyap dan Kenalpasti Simptom Awalan khususnya bagi kaum wanita. Sesi ini telah disampaikan oleh Dr. Mazniza Ain binti Mohammad, Pakar Obstetrik & Ginekologi, Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. Program ini telah disertai oleh 85 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai jabatan di Daerah Kota Setar.

Slot Bicara Santai bagi sesi kedua telah menampilkan dua orang panel iaitu Puan Hajjah Che Nazrah binti Yusof, Timbalan Ketua Jabatan Pembangunan Insaniah, Institut Pendidikan Guru, Kampus Darul Aman, Jitra serta Encik Che Ahmad bin Che Noor, Penolong Pengarah Bahagian Perintah Khidmat Masyarakat, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah. Topik perbincangan adalah berkisar tentang kehebatan wanita dalam menangani masalah di dunia serba moden serta bagaimana seorang wanita bekerjaya mengimbangi antara kerjaya dan rumahtangga.

Penyampaian cenderamata kepada penceramah-penceramah jemputan telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Datin Hajjah Faridah binti Man, isteri Pegawai Daerah Kota Setar merangkap Pengerusi PUSPANITA Daerah Kota Setar. Turut hadir Puan Suzana binti Safie, Pengerusi Biro Wanita PEMADAM Negeri Kedah Darul Aman.
 
     



      

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

0 comments

Powered by Blogger.