Penerima-penerima sumbangan bagi sesi pertama ini adalah terdiri daripada golongan warga emas yang terlantar sakit, lumpuh dan angin ahmar (strok) tertumpu di mukim Titi Gajah. Tiga orang penerima tersebut adalah Puan Intan @ Asmah binti Saud dari Kampung Selarong, Encik Ishak bin Abdullah dari Lorong Salam dan Encik Hassan bin Hussin dari Taman Indah.
Antara sumbangan yang diberikan adalah bekalan makanan harian, kerusi roda dan pampers. Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh YBhg Datin Hajjah Faridah bin Man, Pengerusi PUSPANITA Daerah Kota Setar serta Puan Rokiah binti Chik, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman. Turut hadir Puan Norfazni binti Mustafa, Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan Fizikal) Kota Setar serta Encik Mohd Ridzuan bin Abd Razak, Penghulu Mukim Titi Gajah.
ABOUT THE AUTHOR
Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible
0 comments