SEMINAR KEUSAHAWANAN DAN KECANTIKAN BERSAMA CHE TA





PUSPANITA Daerah Kota Setar telah menyertai program Seminar Keusahawanan dan Kecantikan anjuran PUSPANITA Negeri Kedah bersama PV Empire pada 30 Oktober 2017 (Isnin) bertempat di Dewan Seri Negeri, Wisma Darul Aman.

10 orang ahli PUSPANITA Daerah Kota Setar telah ditugaskan sebagai jawatankuasa pendaftaran bagi program ini.
































Program ini telah dihadiri oleh seramai lebih kurang 1300 orang peserta terdiri daripada ahli PUSPANITA seluruh daerah serta terbuka kepada orang ramai. Program ini juga telah menampilkan beberapa orang tetamu jemputan seperti Zur Eda, Mya Matahari, Adam Corrie Lee, Nizam Laksamana dan Keena Mentor.











Penampilan khas bagi program ini ialah Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta dalam slot Sembang Santai yang membincangkan berkenaan Tips Kecantikan dan Penampilan Diri serta Kelebihan Buah Strawberi Putih berbanding Buah-Buahan Tempatan. Puan Syarifah Nur Safuraa, Penolong Setiausaha PUSPANITA Daerah Kota Setar telah ditugaskan sebagai pengacara majlis serta moderator pada hari tersebut.












Majlis Penutup Program Seminar Keusahawanan dan Kecantikan ini telah dirasmikan oleh Yang Amat Berbahagia Datin Seri Diraja Hizam binti Awang Ahmad, Penaung PUSPANITA Negeri Kedah. Turut hadir pada hari tersebut ialah Yang Berbahagia Datin Paduka Dato' Hajah Azuyah binti Hassan, Pengerusi PUSPANITA Negeri Kedah.













 




Kredit: Gambar ihsan daripada Facebook Warta Kedah

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

0 comments

Powered by Blogger.