SAMBUTAN HARI WANITA & FIESTA KEUSAHAWANAN WANITA 2017


Beberapa orang ahli jawatankuasa PUSPANITA Daerah Kota Setar yang juga merupakan ahli jawatankuasa Biro Keusahawanan PUSPANITA Negeri Kedah telah menyertai Sambutan Hari Wanita dan Fiesta Keusahawanan Wanita 2017 anjuran Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) dengan kerjasama Biro Keusahawanan PUSPANITA Negeri Kedah bertempat di Dewan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS).

Program ini telah diadakan pada 02 Oktober 2017. 10 orang ahli PUSPANITA Daerah Kota Setar juga telah ditugaskan sebagai jawatankuasa pendaftaran bagi program ini.






Sebanyak 40 buah booth jualan telah dibuka pada hari tersebut dan 6 buah booth adalah daripada PUSPANITA. Pembukaan program ini dimulakan dengan sesi senamrobik dan antara pengisian program ini adalah sesi taklimat keusahawanan, ceramah agama daripada Ustazah Faridah, slot hijabista bersama pengasas Al-Humaira serta slot solekan bersama Make Up Artist terkenal iaitu Bella.

















Yang Berhormat Dato' Suraya Yaacob telah hadir bagi menyampaikan cenderamata dan sijil penyertaan kepada jabatan-jabatan dan NGO yang terlibat dalam program ini. Yang Berbahagia Datin Hajah Puziah binti Said, Pengerusi PUSPANITA Daerah Kota Setar merangkap Pengerusi Biro Keusahawanan PUSPANITA Negeri Kedah turut hadir serta menyampaikan cenderamata kepada semua penceramah.





Pada sebelah malam, Majlis Perasmian Sambutan Hari Wanita dan Fiesta Keusahawanan Wanita 2017 telah diadakan di Dewan Seri Negeri, Wisma Darul Aman. Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Amat Berbahagia Dato' Seri Diraja Ahmad Bashah bin Md Hanipah, Menteri Besar Kedah Darul Aman.

















Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

0 comments

Powered by Blogger.